Hubungan PAS, UMNO Semakin Kukuh, Tiada Pertembungan Akan Berlaku – Dr Zuhdi

CYBERJAYA – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki menjelaskan hubungan parti itu dengan UMNO semakin kukuh dan sebarang kemungkinan pertembungan kedua-dua parti Melayu berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) termasuk di Terengganu hampir pasti tidak akan berlaku.

“Pertembungan antara PAS dan UMNO di Terengganu hampir pasti tidak akan berlaku (dengan kehendak Allah), sekiranya usaha memperkasakan Muafakat Nasional (MN) diteruskan.

“Oleh yang demikian seluruh pendukung PAS dan UMNO di seluruh negara tidak perlu bimbang dengan perkembangan semasa MN pada masa kini,” kata Dr Zuhdi.

Mengulas mengenai video tular mengenai ucapan pemimpin UMNO berkaitan hubungan kedua-dua parti semalam, Dr Zuhdi berkata kenyataan Presiden UMNO dan Ketua Pemudanya itu hanya bersifat hipotetikal dan andaian sekiranya berlaku sesuatu terhadap Muafakat Nasional (MN).

“Semalam telah tular video ucapan Presiden UMNO dan Ketua Pemudanya kepada jentera parti mereka di Terengganu sehingga menimbulkan keresahan kedua-dua pendukung PAS dan Umno.

“Penularan ucapan kedua-dua pemimpin UMNO ini telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengganggu gugat hubungan kedua-dua parti di dalam MN.

“Setelah saya meneliti ucapan kedua-dua pemimpin UMNO ini, saya boleh menyimpulkan bahawa ucapan kedua-dua mereka hanyalah bersifat hipotetikal.

“Mereka hanya membuat andaian sekiranya hubungan PAS dan UMNO dalam MN terputus di tengah jalan sebelum PRU-15, maka tidak dielakkan pertembungan antara PAS dan UMNO akan berlaku,” katanya.

Dr Zuhdi yang juga Pengarah Penyelidikan PAS berkata, jika mimpi ngeri terbubarnya MN ini berlaku kepada kedua-dua parti di dalam gabungan itu, maka pertembungan antara kedua-dua parti itu boleh berlaku di negeri-negeri yang lain.

Namun tegasnya, realiti sebenarnya yang berlaku, hubungan PAS dan UMNO menerusi MN semakin erat dan kukuh.

“Malah Ketua Pemuda Umno, Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki sendiri sebenarnya berada di dalam taskforce bersama saya serta beberapa pimpinan PAS dan UMNO lain, yang dipertanggungjawabkan untuk merancang agenda untuk memperkasa MN.

“Oleh yang demikian saya amat yakin UMNO konsisten mendukung agenda Penyatuan Ummah yang menjadi teras MN,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru seluruh pendukung PAS dan UMNO agar terus memperkukuhkan agenda Penyatuan Ummah khususnya ketika umat Islam berada di ambang bulan Ramadan yang akan menjelang tidak beberapa lama lagi.

“Marilah kira menjadikan masa mendatang ini untuk kita mencipta satu masa depan Islam yang gemilang untuk kesejahteraan Malaysia,” ujarnya.

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...

Tak mustahil perlu dos ketiga – KJ

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menolak kemungkinan keperluan suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 selepas setahun suntikan kedua diambil. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin...

Microsoft memberi komitmen untuk melabur RM4 bilion di Malaysia. Microsoft bakal wujudkan pusat data di Malaysia – PM

PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan komitmen Microsoft Corp. untuk memperkasa ekonomi digital terangkum Malaysia di bawah inisiatif Bersama Malaysia melibatkan jumlah pelaburan RM4 bilion dalam tempoh...