MCMC Tegas Terhadap Penyalahgunaan Media Sosial Libat Unsur Ancaman dan Penghinaan Institusi Diraja

CYBERJAYA, – Penyalahgunaan media sosial yang mengandungi unsur ancaman, hasutan kebencian atau penghinaan terhadap Institusi Diraja tidak akan dikompromi.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan tindakan penguatkuasaan akan diambil secara tegas dan profesional selaras dengan undang-undang sedia ada tanpa mengira latar belakang mana-mana pihak .

Kenyataan itu susulan siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai memuat naik kandungan bersifat mengancam, menghina dan jelik melampau terhadap kerabat Diraja Terengganu menerusi akaun peribadinya di platform X.

Menurut MCMC, kandungan berkenaan menyentuh sensitiviti Institusi Diraja (3R – Race, Religion and Royalty) serta mengandungi unsur penghinaan dan ancaman yang berpotensi mencetuskan kebencian, ketegangan awam dan gangguan terhadap ketenteraman negara .

Bagi membantu siasatan, individu terbabit telah dipanggil ke Balai Polis Lanchang pada 21 Februari 2026 untuk sesi rakaman percakapan. Dalam operasi tersebut, satu unit telefon bimbit dan satu unit kad SIM turut disita bagi tujuan analisis forensik digital .

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum sehingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan .

MCMC turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan platform digital untuk menyebarkan kandungan yang menyalahi undang-undang serta boleh menjejaskan keharmonian dan keselamatan negara

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat