PN lantik Ahmad Samsuri sebagai pengerusi baharu

KUALA LUMPUR, – Perikatan Nasional (PN) hari ini mengumumkan pelantikan Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi baharu gabungan itu berkuat kuasa serta-merta.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Menteri Besar Terengganu dilantik sebulat suara dalam Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN yang diadakan pada jam 3.00 petang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini.

Mesyuarat berkenaan turut meluluskan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Mesyuarat itu dihadiri oleh semua ahli Majlis Tertinggi PN termasuk presiden parti-parti komponen iaitu Muhyiddin Yassin (Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia), Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Dominic Lau Hoe Chai (Presiden Malaysian Chinese Association Party Gerakan Rakyat Malaysia atau Gerakan) serta Punithan Paramasivam (Presiden Malaysian Indian People’s Party atau MIPP).

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan, PN memaklumkan perkara-perkara lain akan dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi yang akan datang.

Pelantikan Ahmad Samsuri dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh kepimpinan PN menjelang agenda politik seterusnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat