MARA Bina Dua Kampus Baharu di Sabah & Sarawak

- Advertisement -

BANGI – Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus memperkasakan sektor pendidikan tingginya dengan pembinaan dua buah kampus baharu Kolej Profesional MARA (KPM) tahun ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dua kampus baharu itu akan dibina di Beaufort, Sabah dan Kapit di Sarawak.

“Kita merancang untuk membangun serta memperkukuhkan lagi sektor pendidikan dengan membina beberapa lagi institusi pendidikan di kawasan luar bandar yang strategik iaitu pembinaan dua buah kampus baharu Kolej Profesional Mara di Beaufort, Sabah dan sebuah lagi di Kapit, Sarawak.

“MARA akan terus memperkasakan akses kepada pendidikan berkualiti dalam meningkatkan modal insan berkemahiran masa hadapan bermula daripada peringkat sekolah menengah hingga ke peringkat pengajian tinggi,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Perhimpunan Bulanan KPLB, di kampus induk German-Malaysian Institute (GMI) di sini hari ini.

Mahdzir berkata, MARA turut akan membina tujuh buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini yang akan melibatkan penambahan pengambilan pelajar seramai 4,350 orang.

“Antara kawasan pembinaan MRSM baharu itu adalah di Ranau, Sabah, Bintulu dan Lawas, di Sarawak, Ketereh dan Tanah Merah, di Kelantan, Sik, Kedah serta Dungun di Terengganu,” katanya.

Selain itu jelasnya, MARA juga akan membina dua buah Pusat GIATMARA di Limbang dan Batang Lupar di Sarawak selain akan terus memperkasakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, TVET.

“Program TVET MARA akan ditambah baik berdasarkan permintaan industri dan set kemahiran baharu yang menitikberatkan tiga aspek utama iaitu penyelesaian masalah kompleks, reka bentuk dan pengatucaraan teknologi.

“Bagi merealisasikan inisiatif ini, MARA akan mewujudkan lima Industry Centre of Excellence (ICOE) bersama pemain industri,” katanya.

Beliau berkata MARA juga melaksanakan transformasi dengan yang terbaharu menggabungkan elemen kemahiran dan hafazan Al-Quran menerusi Program TVET-Tahfiz.

“Rasionalisasi TVET MARA juga dilaksanakan bagi memperkukuhkan laluan artikulasi pelajar menerusi TVET MARA dimana terdapat peluang untuk pelajar yang telah mengikuti program sijil di GIATMARA dan IKM untuk menyambung pengajian ke peringkat Master dan Phd di UniKL di mana inisiatif ini adalah bagi mengelakkan pertindihan program yang sama dilaksanakan di antara IPMA,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat