Hari Bertemu Pelanggan KPLB secara maya 24 Feb ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan KPLB dan agensi (secara dalam talian) pada 24 Februari 2022 bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang.

Hari Bertemu Pelanggan KPLB dan Agensi ini dilaksanakan secara dalam talian bagi membudayakan norma baharu selain mampu mempermudahkan urusan orang ramai untuk berhubung dengan pihak kementerian dan agensi.

Antara agensi-agensi KPLB yang akan terlibat secara langsung adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), FELCRA Berhad, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Orang ramai boleh melayari laman sesawang epelanggan KPLB di https://epelanggan.rurallink.gov.my untuk berinteraksi.

Foto: Facebook KPLB

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,594FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat