‘Saya Masih Jurulatih Terbaik Dunia’ – Mourinho

LONDON: Jose Mourinho menegaskan bahawa dia masih lagi jurulatih terbaik dunia biarpun aksi Tottenham semakin merudum dan terbaru kekalahan 1-2 kepada West Ham semalam.

Skuad bimbingan Mourinho itu tewas lima dari enam perlawanan liga dan harapan mereka untuk menamatkan aksi di kelompok empat terbaik Liga Perdana dilihat sudah berkubur.

Wujud spekulasi mengatakan Mourinho kini berada dalam prestasi terburuk sepanjang kariernya sebagai pengurus dan kedudukannya juga berada dalam bahaya dan berkemungkinan dipecat.

Tottenham berada di puncak liga pada pertengahan Disember lalu namun selepas itu mereka hanya meraih tiga kemenangan dari 13 perlawanan dan bermakna mereka perlu menang Liga Europa untuk beraksi di Liga

Selepas dipecat ketika mengendali Chelsea buat kali kedua, dan kemudian dilepaskan oleh Manchester United, Mourinho dikatakan sudah melepasi zaman kegemilangannya.

Taktik konservatif pemenang dua kali Liga Juara-Juara itu dikatakan sudah lapuk, tetapi Mourinho tegas mempertahankan falsafah permainannya.

“Tidak, tidak sesekali. Ada ketika keputusan perlawanan adalah hasil daripada beberapa situasi dalam bola sepak dan cara saya serta kakitangan kejurulatihan adalah yang terbaik di dunia,” kata Mourinho.

Bagaimanapun cara Mourinho itu hanya menghasilkan deretan keputusan lebih buruk berbanding prestasi yang menyebabkan Mauricio Pochettino dipecat pada tahun 2019 – Harian Metro

Topik Hangat

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Berita Berkaitan

Denda RM50,000 Jika Potong Giliran Suntikan Vaksin Covid – Dr Adham

CYBERJAYA - Mana-mana individu yang didapati memotong giliran suntikan vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dikenakan penalti denda tidak lebih RM50,000 atau hukuman...

Struktur Tapak Binaan Lebuh Raya SUKE Hempap Van Dinaiki 5 Penumpang – ACP Zulkefly

KUALA LUMPUR - Sebahagian struktur tapak pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak di sini runtuh dan...

Peraturan Dwi-Standard, Isu Keadilan Arwah Adib Antara Punca Kemarahan Rakyat – Aziz Kaprawi

CYBERJAYA - Pelaksanaan peraturan dan undang-undang dwi-standard yang membezakan rakyat dan pemimpin, Prosedur Operasi Standard (SOP) yang tidak terpakai untuk para menteri dan isu...