Anjing Selamat Tuan Sakit Jantung

- Advertisement -

NEW YORK: Seekor anjing baka German Shepard peliharaan seorang lelaki di New Jersey, Amerika Syarikat bukan hanya menjadi peneman, tetapi menyelamatkan tuannya ketika lelaki itu alami serangan jantung, baru-baru ini.

India Times melaporkan tindakan pantas anjing diberi nama Sadie itu membantu pemiliknya, Brian membuat panggilan kecemasan bagi mendapatkan bantuan daripada pasukan perubatan.

Insiden itu berlaku ketika Brian mengalami serangan jantung di rumahnya pada minggu lalu.

“Secara biologi Sadie anjing betina ‘gugup’ dengan lelaki, Brian merasakan ada ikatan istimewa antara dia dan Sadie”

Malah, lelaki berkenaan menyayangi dan menghargai kebijaksanaan serta kesetiaan haiwan kesayangannya hingga wujud rasa percaya terhadap Sadie.

“Ketika Brian alami strok di rumah, Sadie tetap setia di sisi, malah segera bertindak dengan menjilat pipi Brian memastikan lelaki itu terus dalam keadaan sedar hingga dapat mencapai telefon dan membuat panggilan kecemasan,” demikian hantaran dimuat naik di laman Facebook (FB) rasmi Pusat Perlindungan Haiwan Ramapo-Bergen.

Menerusi hantaran sama, Sadie disifatkan sebagai penyelamat dan tingkah laku haiwan itu pada waktu genting ibarat memberi peluang kedua kepada Brian untuk terus hidup.

Difahamkan, Sadie diserahkan kepada Pusat Perlindungan perlindungan Ramapo-Bergen di New Jersey selepas pemilik asalnya berpindah tempat tinggal – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat