COVID-19 dijangka berakhir pada awal 2022

COPENHAGEN: Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu.

Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR, Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu.

Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak maklumat mengenai virus itu berbanding ketika peringkat awal penularan pada 2020.

Namun, beliau tetap mengingatkan, tiada sesiapa pun yang dapat mengetahui keadaan sebenar pandemik COVID-19 pada masa depan.

“Virus ini akan terus wujud tetapi saya berpendapat sekatan tidak akan diperlukan. Ini adalah mesej yang optimis,” katanya.

Kluge menjelaskan, mutasi adalah perkara biasa dan virus terbabit sedang cuba menyesuaikan diri dengan individu dijangkiti, namun yang menjadi kebimbangan ialah penularan mutasi secara pantas.

Beliau berkata, WHO memantau rapat keberkesanan vaksin COVID-19 yang dibangunkan.

Katanya, vaksin boleh diubah suai berdasarkan mutasi baharu jika perlu, tanpa perlu kembali dibangunkan dari mula.

Beliau berkata, mutasi tidak akan menjadikan virus itu berada di luar kawalan.

Katanya, ia bagaimanapun akan meningkatkan tekanan terhadap negara yang sistem penjagaan kesihatan sudahpun berdepan kesukaran, justeru isu mutasi perlu diberi perhatian amat serius.

Kluge menekankan, masalah terbesar akan muncul apabila golongan telah divaksin berada dalam kelompok sama dengan mereka yang tidak menerima vaksin, maka penjadualan adalah faktor sangat penting.

– BERNAMA

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Zahid Sembah Kepada Agong, UMNO Tinggalkan Kerajaan 1 Ogos 2021?

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan...

Berita Berkaitan

Pemalsuan Surat Pejabat Bendahari BN Wajar Disiasat – SU Akhbar

KUALA LUMPUR: Pemalsuan dokumen dan tandatangan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) yang tersebar di media sosial wajar disiasat dan diambil tindakan tegas oleh Polis...

“Tak boleh patah hujah kata cerita kartun”- Nazri bidas Zahid

KUALA LUMPUR - Serang menyerang hujah antara Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi nampaknya...

Zahid kalau bab pemilihan UMNO dia buat-buat tak dengar – Nazri

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendesak agar sidang Parlimen diadakan segera, namun tidak mengendahkan desakan agar UMNO mengadakan pemilihan...