Mesyuarat gunung MKT UMNO bikin Bersatu resah – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Taktik bungkam Ahli Majlis Kerja Tetinggi (MKT) UMNO ternyata mengundang resah di pihak Bersatu.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa memberitahu, apa pula ahli Majlis Tertinggi Bersatu meminta UMNO mengumumkan keputusan rasmi mesyuarat MKT UMNO di Janda Baik beberapa hari lalu.

“Saya merasakan tidak perlu bagi Bersatu terlalu ghairah dengan soal dalaman UMNO. Apa lagi bagi mereka yang baru.

“Mereka belum faham cara politik UMNO . Elok mereka diam,” katanya.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan itu, MKT UMNO ada kebijaksanaan yang tersendiri.

“Ia mempunyai tradisi serta pengalaman melalui pelbagai situasi politik. Saya percaya itulah yang sedang berlaku.

“Mungkin sepinya “mesyuarat di gunung” tempoh hari meresahkan banyak pihak, malah termasuk di kalangan ahli,” kata Annuar.

“Namun memahami cara UMNO, meskipun tiada kenyataan rasmi, namun “deafening silence” itu boleh kedengaran dengan jelas di mana mana,” ujar beliau.

Annuar berkata, berilah ruang UMNO menguruskan sendiri masalahnya itu.

“UMNO mampu mencari titik penyelesaiannya sendiri.

“Tiada siapa boleh veto sesiapa dalam UMNO. Kerana UMNO itu milik ahlinya.

“Ahli yang menentukan, sabar,” tegas beliau.

Hari ini UMNO menafikan laporan keputusan MKT parti itu menolak kerjasama antara Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) pada pillihan raya umum akan datang.

Jabatan Komunikasi Strategik (JKS) Penerangan UMNO berkata, sebarang keputusan MKT adalah tidak sahih melainkan ia datang daripada kenyataan rasmi parti atau pimpinannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat