Pengurusan Kes Rayuan Siti Kasim Pada 22 Mac

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 22 Mac untuk pengurusan kes bagi rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan peguam dan aktivis Siti Kasim daripada pertuduhan menghalang tugas seorang pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), pada satu acara di sebuah hotel kira-kira lima tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Izalina Abdullah memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes dalam kamar Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Azura Mohd Saad.

Pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa rekod rayuan masih belum lengkap dan memohon tarikh pengurusan kes selanjutnya, katanya yang turut memaklumkan bahawa peguam bagi pihak responden iaitu Siti Kasim tidak hadir pada prosiding hari ini.

-BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat