Mira Filzah hamil enam bulan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Anak bukan hanya penyambung zuriat, malah menambah kebahagiaan dan menjadi penyeri dalam mengikat ikatan kasih sayang pasangan suami isteri.

Bagaikan tidak lengkap rumah tangga tanpa tangisan bayi. Sudah tentu, setiap pasangan suami isteri menantikan detik paling berharga dalam hidup dengan kehadiran ‘permata hati’.

Begitu juga aktres dan pengacara popular, Mira Filzah, 29, dan suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 32. Menikmati fasa kehamilan dan bakal bergelar ibu bapa menjadi momen yang ditunggu-tunggu.

Umpama doa dan kata-kata yang dimakbulkan, akhirnya bintang yang meledak menerusi drama Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda dan Sweet Dreams itu mengesahkan dirinya berbadan dua.

Selama berbulan-bulan menyimpan rahsia, Mira menyifatkan detik indah berbadan dua apabila usia kandungan masuk enam bulan bagaikan terbentang cantik pada masa yang tepat.

“Alhamdulillah, syukur atas kesempatan yang cukup membahagiakan ini. Setakat ini, saya tidak mengalami apa-apa alahan, semuanya terkawal.

“Jika ikutkan saya dan suami tidak merancang soal cahaya mata. Kami ikut sahaja rezeki dan aturan Allah.

“Namun, apa yang saya kecapi saat ini bagaikan ‘perfect timing’. Begitu cepat masa berlalu. Pejam celik, bulan depan usia kandungan mencecah tujuh bulan,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, suami Mira mengesahkan isteri kesayangan itu berbadan dua menerusi akaun Instagram (IG) Wan Emir apabila memaklumkan kandungan Mira bakal memasuki trimester ketiga, kelmarin.

Ungkapan itu ditulis Wan Emir mengiringi entri yang memaparkan alat ujian kehamilan bersama foto perkahwinan mereka pada September 2020.

Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, suami paling teruja dan bersyukur saat mendapat tahu berita kehamilannya.

“Kami sempat meraikan berita gembira ini ketika bercuti ke United Kingdom (UK) dan Finland,” katanya.

 

Mira dan suami, Wan Emir bercuti ke United Kingdom untuk meraikan berita gembira bakal bergelar ibu bapa, tidak lama lagi. - Foto IG Mira Filzah
Mira dan suami, Wan Emir bercuti ke United Kingdom untuk meraikan berita gembira bakal bergelar ibu bapa, tidak lama lagi. – Foto IG Mira Filzah

 

Bekas pengacara program Nona di TV3 itu berkata, kali terakhir terbabit dengan kerja seni menerusi drama The Hotel yang sudah pun tamat siaran di Astro.

“Jadi, saya boleh menumpukan perhatian dan menikmati fasa kehamilan tanpa sebarang gangguan kerja. Ini juga kesempatan buat saya meluangkan masa bersama suami dan keluarga,” katanya.

Wanita kelahiran Ipoh, Perak itu berkata, dia belum membuat persiapan menyambut kehadiran anak sulungnya itu.

“Mungkin sebulan dua lagi baru boleh mula membeli kelengkapan bayi,” katanya.

Sementara itu, Wan Emir mengucapkan kesyukuran apabila isterinya berbadan dua.

“Syukur Alhamdulillah segala puji bagi Allah, pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami. Insya-Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga, tidak lama lagi.

“Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri, kami ucapkan jutaan terima kasih.

“Semoga Allah SWT merahmati dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita… Amin,” luahnya melalui entri di IG, malam kelmarin.

Katanya, seperti pasangan lain, mereka tidak terlepas melalui pengalaman menyentuh emosi ketika menantikan kehadiran cahaya mata yang bakal menjadi pelengkap rumah tangga.

“Seperti pasangan lain yang merancang membina keluarga, kami juga melalui pengalaman peribadi, pahit dan manis sepanjang perjalanan itu.

“Hanya doa yang mampu dipanjangkan. Apapun, kami yakin Allah adalah sebaik-baik perancang dan Dia akan beri pada waktu yang tepat,” katanya.

Tahun lalu, timbul desas-desus konon Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu hamil.

Tidak mengesahkan atau menafikan perkara itu, Mira bagaimanapun berjanji mengumumkannya jika sudah bersedia.

Mira dan Wan Emir mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan diraikan dalam empat majlis berasingan.

Berita Harian

Previous article
Next article
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat