Himpun 240 lagu terkenal

- Advertisement -

DEMI memastikan khazanah muzik pelbagai genre di Malaysia terus dipelihara, sebuah buku berjudul Malaysian Real Book (MRB) dilancarkan sebagai satu usaha pengumpulan dan dokumentasi untuk generasi akan datang.

Projek ini adalah usaha komuniti untuk mempamerkan kekayaan dan kepelbagaian muzik di Malaysia, di samping menyerlahkan karya penggubah, pencipta lagu dan kumpulan muzik tempatan.

Lebih menarik, buku ini adalah satu antologi cetakan muzik yang senang dimainkan mahupun bermanfaat untuk pemuzik profesional, pendidik, pelajar dan penggemar muzik.

Projek ini diterajui oleh Jawatankuasa Malaysian Jazz Piano Festival (MJPF) dengan sokongan, bantuan dan sumbangan daripada komuniti muzik di Malaysia.

Jawatankuasa MJPF ini diasaskan pada 2013 dengan harapan untuk memperluaskan pengaruh jazz tempatan serta menyemai semangat komuniti muzik yang seikhlasnya mewakili jati diri Malaysia.

Pengarah Projek MRB, Michael Veerapen berkata, beberapa karya legenda muzik tanah air akan dimuatkan dalam buku berkenaan.

 

MRB kompilasi karya tempatan pertama di negara ini
MRB kompilasi karya tempatan pertama di negara ini

 

“MJPF turut mengambil langkah setapak ke hadapan daripada perancangan asal, kami juga memuatkan lirik setiap lagu bagi memudahkan rakyat Malaysia mengikuti karya tempatan ini.

“Dengan adanya lirik, kini setiap peminat dan penggemar muzik tanah air boleh menikmati keunikan semua 240 lagu karya muzik tempatan, antara yang klasik seperti Jeritan Batinku, Getaran Jiwa, Hijau, Sinaran, Geylang Si Paku Geylang dan banyak lagi,” katanya karya artis dari Sarawak, Sabah serta etnik lain di negara ini juga dimuatkan dalam buku berkenaan.

Michael yang juga pemuzik jazz popular berkata, motivasi utama sebalik buku ini adalah untuk kewujudan satu pelantar untuk menyatukan keseluruhan komuniti muzik Malaysia untuk berjuang bersama-sama.

 

MICHAEL mahu wujudkan satu pelantar untuk menyatukan keseluruhan komuniti muzik Malaysia untuk berjuang bersama-sama.
MICHAEL mahu wujudkan satu pelantar untuk menyatukan keseluruhan komuniti muzik Malaysia untuk berjuang bersama-sama.

 

“Inisiatif ini dilakukan bagi memudahkan semua pemuzik tanah air, pelajar muzik, peminat muzik untuk memainkan muzik tempatan dan tidak hanya muzik luar negara.

“Justeru kami berharap kehadiran MRB dapat memelihara khazanah muzik tempatan supaya tidak dilupakan dan sentiasa menjadi pilihan pemain muzik di negara ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan Malaysian Real Book boleh melayari laman web www.malaysianrealbook.com untuk pembelian.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat