Tengku Adnan Dijatuhkan Hukuman Penjara 12 Bulan, Denda RM2 juta

- Advertisement -

CYBERJAYA: Mahkamah Tinggi sebentar tadi menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta kepada Ahli Parlimen Putrajaya, Dato Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamaed Zaini Mazlan ketika menyampaikan keputusan berkata, Tengku Adnan dijatuhkan hukuman atas pertuduhan rasuah di bawah  Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Sementara itu, peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan memohon penangguhan hukuman penjara sementara menunggu rayuan.

Mahkamah kemudian membenarkan penangguhan hukuman penjara dan denda terhadap tertuduh

Tengku Adnan, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan yang juga bekas menteri Wilayah Persekutuan, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong yang juga Pengarah AKSB melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Ahli Parlimen Putrajaya berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Foto: BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat