Pegawai Rela Ditahan Disyaki Jual Peluru Senjata Api

- Advertisement -

KOTA BHARU – Seorang pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ditahan semalam, dipercayai terbabit dalam penyelewengan penjualan peluru dalam kalangan pegawai dan anggota pasukan itu.

Perkara itu terbongkar susulan penahanan dua anggota Rela yang didakwa menyalah guna senjata api di Jeli pada 6 Disember lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pegawai Rela berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 10 malam.

“Pihak kami mengesyaki berlaku salah laku oleh pegawai itu yang mana terdapat penyelewengan penjualan peluru dalam kalangan pegawai dan anggota Rela.

“Siasatan juga mengesyaki pegawai berkenaan membuat permohonan permit membeli peluru menggunakan nama pemegang lesen senjata api Rela tanpa pengetahuan dua anggota berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Shafien berkata, ujian saringan air kencing atas tertuduh mendapati negatif dadah dan suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 24 Disember.

Media sebelum ini melaporkan, polis menahan dua anggota Rela dan merampas selaras senapang patah bersama 68 peluru hidup dalam serbuan di Kampung Jeli Dalam, Pekan Lama Jeli, 6 Disember lalu. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat