Kerajaan Negeri Pahang Vs Pekebun Haram

- Advertisement -

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff

Semasa artikel ini ditulis, kita masih lagi menunggu keputusan kes semakan kehakiman yang difailkan 110 pekebun haram bagi mengenepikan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan Kerajaan Pahang. Keputusan tersebut hanya akan dibuat pada 23 Disember 2020 iaitu pada hari Rabu ini.

Namun begitu, ada sesetengah netizen yang mengatakan bahawa kerajaan negeri Pahang tidak komited dalam usaha mereka untuk membasmi aktiviti pencerobohan tanah dan sengaja melambat-lambatkan usaha untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Pandangan yang amat dangkal, salah dan tidak cerdik ini kebanyakkannya dilemparkan oleh para penyokong pembangkang yang dilihat cukup tidak berpuas hati dengan kejayaan Negeri Pahang Darul Makmur pada ketika ini di bawah teraju Menteri Besar Pahang, YAB Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Ada pula golongan netizen yang bersimpati dengan para pekebun haram durjana ini sehingga menyatakan bahawa tindakan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang adalah kejam dan tidak berperi kemanusiaan, hanya kerana para pekebun haram tersebut telah lama menduduki tanah tersebut.

Apa yang golongan pembangkang dan yang bersimpati dengan para pekebun haram ini tidak tahu adalah kerajaan Negeri Pahang sedang melakukan yang terbaik untuk mentadbir hasil mahsyul negeri disamping berusaha sedaya upaya untuk memelihara khazanah alam sekitar untuk generasi kini dan akan datang.

Kenapa pekebun haram perlu dibanteras?

Setiap inci tanah sama ada dalam kategori pertanian, bangunan atau industri adalah di bawah penguasaan Kerajaan Negeri. Perkara ini jelas dan diaplikasikan di seluruh Malaysia. Kuasa bagi Kerajaan Negeri untuk mentadbir tanah secara jelas termaktub di dalam Kanun Tanah Negara.

Tugas kerajaan negeri adalah untuk mentadbir setiap tanah dari segi urusan kegunaan tanah dan juga percukaian. Cukai-cukai tanah yang dikutip daripada hasil penggunaan tanah ini akan disalurkan kepada rakyat semula.

Di negeri Pahang, para pekebun haram telah menceroboh tanah-tanah milik kerajaan negeri selama berpuluh tahun dan telahpun mendapat untung bernilai jutaan ringgit daripada hasil penjualan tanaman. Keuntungan mereka bertambah apabila mereka menanam durian yang pada ketika ini mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran domestik dan import.

Melihat perkara ini berlarutan, Kerajaan Negeri Pahang tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku kerana ini merugikan rakyat Pahang Darul Makmur sendiri. Namun begitu, kerajaan Negeri Pahang tidak bertindak kejam, kerana satu perbincangan diadakan terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan dilaksanakan, sifat kemanusiaan kerajaan negeri ini dibalas dengan tindakan angkuh para pekebun haram.

Para pekebun haram tetap berdegil dan tidak mahu mencapai kata sepakat dengan kerajaan negeri. Akhirnya kerajaan negeri telah bertindak dengan menghantar notis pengusiran kepada mereka. Namun, keangkuhan mereka tiada batasnya, sudahlah tidak mahu berbincang dengan kerajaan negeri, mereka bawa pula hal ini kemahkamah dan menyaman kerajaan Negeri Pahang.

Sudah tentu apabila perkara seperti ini dibawa ke mahkamah, perjalanan sesuatu kes itu akan memakan masa yang panjang. Mahkamah pula perlu mendengar alasan kedua-dua pihak terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Pada ketika ini, kerajaan negeri telahpun melakukan segalanya yang mungkin untuk memastikan Negeri Pahang Darul Makmur tidak mengalami kerugian daripada tindakan pencerobohan dan aktiviti pekebun haram ini. Menghormati prinsip kedaulatan undang-undang, perkara ini sudah tidak berada dalam tangan kerajaan negeri dan segalanya diserahkan kepada keputusan mahkamah tinggi yang akan diumumkan pada 23 Disember 2020 ini.

Kenapa nak halau mereka, mereka hanya berkebun bukan merosakkan alam sekitar pun?

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pertanian yang tidak terancang adalah salah satu punca masalah pencemaran yang teruk di seluruh dunia. Komitmen kerajaan Negeri Pahang dalam usaha untuk membasmi para pekebun haram ini bukan sahaja terhadap 110 pekebun haram durian di Raub sahaja, tetapi juga di seluruh negeri Pahang.

Di Cameron Highlands, Sungai Ichat yang menjadi nadi kepada kehidupan di kawasan itu telah tercemar teruk disebabkan oleh aktiviti pekebun haram yang tidak dipantau oleh mana-mana pihak. Namun begitu, Kerajaan Negeri Pahang telah mengambil langkah drastik dengan mengambil tindakan terhadap penceroboh@pekebun haram ini.

Akibat daripada tindakan pantas Kerajaan Negeri Pahang, Sungai Ichat pada ketika ini telah pulih seperti sediakala dan tiada lagi pencemaran sehingga airnya selamat diminum.

Setiap petani yang mengusahakan tanaman secara komersil dan besar-besaran perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Ini termasuk menurut setiap peraturan yang termaktub di dalam Good Agricultural Practice (GAP). GAP ini merupakan tatacara untuk memastikan bukan sahaja tanaman yang dihasilkan selamat untuk digunakan oleh konsumer, tetapi juga tidak merosakkan alam sekitar.

Pekebun yang mengusahakan tanaman secara haram tidak dipantau oleh mana-mana pihak akan mendatangkan bahaya kepada konsumer dan alam semulajadi, kerana mereka hanya memikirkan keuntungan dan sering menggunakan bahan kimia dan elemen-elemen terlarang untuk memastikan lebih banyak hasil tanaman digunakan.

Pada tahun 2019, dilaporkan ramai pekebun haram masih lagi menggunakan racun jenis “paraquat” yang boleh menyebabkan kematian kepada manusia dan juga membunuh ekosistem flora dan fauna. Racun paraquat ini juga boleh mendatangkan masalah kesihatan yang kronik dikalangan manusia apabila ia diserap di dalam tumbuhan dan dimakan oleh para konsumer.

Kerosakan yang dibuat oleh para pekebun haram ini bukan sahaja kepada ekonomi, tetapi juga kepada kehidupan seharian kita. Sudah tentu, jika ada mana-mana pihak yang menentang golongan penceroboh@pekebun haram ini, seharusnya mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia.

Kesimpulannya, komitmen dan iltizam Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur harus dijadikan contoh oleh semua kerajaan negeri dan pihak berkuasa di Malaysia. Kedegilan dan keangkuhan mereka apabila diarahkan untuk mengosongkan tanah yang mereka cerobohi adalah suatu perkara yang tidak boleh dimaafkan.

Ini diburukkan lagi dengan sokongan kepada penceroboh@pekebun haram ini oleh para pimpinan dan penyokong pembangkang yang sentiasa mencari isu untuk dipolitikkan. Tindakan Kerajaan Negeri Pahang ini seharusnya diberi pujian dan kita seluruh rakyat Malaysia harus menyokong usaha-usaha proaktif sebegini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat