Amirudin dah cadangkan Izzah jadi MB Selangor, tangkis nepotisme jika masuk Kabinet Anwar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan bahawa beliau sendiri sudah mencadangkan supaya Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar untuk menggantikannya selaku Menteri Besar Selangor.

Pendedahan ini terkait rombakan Kabinet yang mungkin bakal menarik Amirudin ke Kabinet.

Dalam audio siar Keluar Sekejap, ketika hos Khairy Jamaluddin meramalkan untuk menjadikan Izzah sebagai Menteri Besar wanita pertama dan kemudiannya ramalan itu diaminkan oleh Amirudin.

“Amin…. banyak sangat KJ tahu ni.

“Saya boleh katakan itu mungkin satu formula yang baik untuk tempatkan Izzah.

“Hal ini supaya tidak ada persepsi atau stigma berkaitan nepotisme (memandangkan beliau anak Perdana Menteri).

“Sejujurnya, saya dah kemukakan kepada Izzah sendiri (cadangan jadi Menteri Besar) terpulang kepada Izzah sendiri untuk terima ataupun tidak,” kata Amirudin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat