PETALING JAYA – Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon berkata, rakyat Malaysia perlu berbanga dengan prestasi cemerlang yang ditunjukkan skuad kebangsaan ketika ini.
Pan Gon berkata, para pemain telah berkorban segalanya untuk mempamerkan prestasi cemerlang dengan menang dua perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Dunia 2027.
“Saya sangat gembira, kami layak untuk menang malam ini dan tahniah kepada semua pemain dan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia perlu berbangga dengan pemain Harimau Malaya.
“Kami sudah jangkakan perlawanan malam ini akan sukar kerana Taiwan bermain dengan penuh disiplin, mereka ada fizikal selain nampak baik sejak kehadiran jurulatih baharu (Gary White),” kata Pan Gon.
Terdahulu Malaysia berjaya mengekalkan prestasi cemerlang dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Dunia 2027 apabila menumpaskan Taiwan 1-0 hasil jaringan Darren Lok.
Ditanya sama ada pertukaran pemain pada separuh masa kedua menghadirkan kemenangan buat Harimau Malaya, pan Gon berkata, kemenaangan terhasil menerusi sumbangan semua pemain.
“Kehendak pemain untuk menang adalah punca utama kemenangan dan bukannya pertukaran yang saya lakukan. Sejak dari babak pertama mereka tunjukkan kehendak tetapi kurang bernasib baik kerana tidak berjaya menjaringkan gol lebih awal,” katanya.- Utusan