Tak Setuju Gabungan PH-BN, Ismail Sabri Sedia Dipecat dari UMNO?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob difahamkan tidak bersetuju dengan gabungan BN-PH dan sedia dipecat.

Menurut sumber, Ismail Sabri mendedahkan perkara itu dalam kumpulan WhatsApp Ketua Bahagian UMNO.

“Saya sedia dipecat. Tidak akan bersama PH,” tulis Ismail Sabri dalam kumpulan WhatsApp berkenaan yang turut dilihat Suara.TV.

Pada pagi ini, Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga bertegas dengan pendiriannya menolak kerjasama bersama PH.

Ahli Parlimen Sembrong itu juga bersedia sekiranya dipecat parti kerana menyatakan pendiriannya.

Pemimpin UMNO pada pagi ini mengadakan pertemuan bersama pimpinan PH di Hotel Seri Pacific.

Difahamkan pertemuan kedua-dua parti itu dibuat bagi membentuk kerajaan persekutuan.

Zahid mendakwa, seramai 26 Ahli Parlimen BN akan menyokong keputusan Dewan Tertinggi BN untuk bergabung dengan mana-mana parti.

Ketika ini, kerajaan negeri di Perak dibentuk hasil daripada gabungan BN dan PH.

Perkara sama juga difahamkan akan berlaku di Pahang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat