PN dah sembah SD nama Muhyiddin PM-10 kepada Agong, lebih 112 MP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Parti Perikatan Nasional (PN) telah mengemukakan Surat Akuan
Berkanun (SD) daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10.

Menurut Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin gabungan itu mengemukakan nama Ahli Parlimen Pagoh berkenaan untuk dilantik sebagai
Perdana Menteri Ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Jumlah Surat Akuan yang dihantar adalah melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang
diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan,” kata Hamzah.

Pun begitu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah membenarkan penangguhan lanjutan bagi gabungan parti politik mengemukakan calon Perdana Menteri sehingga jam 2 petang esok, Selasa, 22 November 2022.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat