Wee Dakwa Tak Dimaklumkan Tentang Gabungan BN-PH Di Perak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, beliau tidak pernah dirunding atau dimaklumkan tentang gabungan Pakatan Harapan (PH) dan BN untuk membentuk kerajaan negeri di Perak.

Dalam tulisan di Facebooknya, naib pengerusi BN itu berkata ia tidak pernah dibincangkan oleh Majlis Tertinggi BN.

“Maaf ya, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) tidak pernah berbincang tentang BN dan PH bergabung membentuk Kerajaan Perak.

“Malahan, selepas PRU-15, mesyuarat Dewan Tertinggi BN masih belum lagi diadakan setakat waktu ini.

“Saya sebagai Presiden MCA dan Naib Pengerusi BN tidak pernah dirujuk atau dimaklumkan langsung. Entah dari mana keputusan itu dicapai. Dewan Tertinggi BN diketepikan,” kata Wee.

Dewan Undangan Negeri Perak tergantung selepas PRU-15 kerana tiada parti atau gabungan mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

PN memenangi 26 kerusi, PH 24, dan BN sembilan.

Sekurang-kurangnya 30 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri kerana dewan undangan negeri Perak mempunyai 59 kerusi keseluruhannya.

Jurucakap istana Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini mendedahkan bahawa walaupun lebih banyak kerusi PH di negeri itu, ia bersetuju untuk menyokong penyandang menteri besar Datuk Seri Saarani Mohamad untuk mengambil semula jawatan itu.

Saarani akan mengangkat sumpah pada petang ini.

Dilaporkan BN Pahang dan PH Pahang juga sedang berunding untuk membentuk kerajaan negeri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat