Anwar Yakin Dapat Membentuk Kerajaan Perpaduan Bersama BN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dapat membentuk kerajaan perpaduan bersama BN.

Dalam sidang medianya hari ini, Anwar berkata, meskipun BN masih belum membuat keputusan namun beliau berpuas hati dengan pertemuan kedua-dua pihak pagi tadi.

Antara wakil BN yang terlibat dengan perbincangan bersama PH tadi ialah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, ditanya sama ada kes mahkamah pemimpin BN dibincangkan, Anwar berkata: “Tidak”.

“Mahkamah adalah mahkamah, badan kehakiman sepatutnya bebas. Jadi kami tidak akan masuk campur dengan proses badan berkenaan,” katanya.

Ditanya berkaitan penentangan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Anwar berkata dia percaya ahli parlimen Sembrong itu akan menukar pandangannya.

“Respons saya, tiada kerajaan DAP.

“Ini gabungan atau kerajaan perpaduan,” ujar Anwar.

Ditanya sama ada wujud parti lain yang akan turut serta dalam pembentukan kerajaannya, Anwar hanya menjawab: “Hanya BN”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat