Pendekatan baharu KDN kukuhkan keselamatan Sabah – Dr. Ramli Dollah

KOTA KINABALU,– Pendekatan baharu Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah pimpinan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya memperkukuh keselamatan Sabah melalui strategi yang lebih menyeluruh dan berpaksikan rakyat, kata penganalisis keselamatan serantau, Prof. Madya Dr. Ramli Dollah.

Dalam podcast SmartTalk Sabah http://SmartTalk Sabah (Link: https://www.youtube.com/watch?v=8OI-IeUFUp4&t=677s) Dr. Ramli berkata, dasar KDN hari ini bukan sahaja menumpukan aspek kawalan keselamatan dan penguatkuasaan, tetapi turut menggabungkan pembangunan komuniti serta dimensi human security atau keselamatan manusia.

“KDN di bawah Datuk Seri Saifuddin membawa perubahan besar yang selari dengan konsep Madani — keselamatan bukan sekadar soal senjata dan rondaan, tetapi bagaimana kita melibatkan rakyat dan menjamin kesejahteraan mereka,” katanya.

Menurutnya, pendekatan itu semakin penting di Sabah, khususnya di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berdepan ancaman rentas sempadan, penyeludupan manusia dan kegiatan jenayah laut.

Dr. Ramli turut menyifatkan pelbagai inisiatif di bawah Saifuddin — termasuk pindaan undang-undang kewarganegaraan, peningkatan kedudukan Malaysia dalam laporan penyeludupan manusia, dan pelaksanaan pelan menentang keganasan MyPCVE — sebagai antara kejayaan yang memperkukuh imej serta keberkesanan KDN.

“Penduduk sempadan ialah mata dan telinga kerajaan. Mereka mesti menjadi sebahagian daripada strategi keselamatan, bukan sekadar pemerhati. Ini pendekatan yang sedang digerakkan oleh KDN,” ujarnya.

Beliau menegaskan, kestabilan Sabah tidak hanya bergantung pada kekuatan tentera semata-mata, tetapi pada keseimbangan antara keselamatan, kemanusiaan dan kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat