Trump akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, – Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump dijangka menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini, sekali gus menandakan kemunculan semula beliau di pentas diplomatik Asia Tenggara selepas kembali ke Rumah Putih.

Menurut laporan Associated Press (AP), Malaysia akan menjadi antara destinasi utama dalam rangka lawatan Asia Trump yang turut merangkumi China, Jepun dan Korea Selatan. Lawatan tersebut dilihat sebagai usaha memperkukuh semula hubungan Washington dengan negara-negara Asia menjelang penghujung tahun ini.

Kehadiran Trump ke Kuala Lumpur dijangka bagi menghadiri sesi pembukaan rasmi sidang kemuncak serta menyaksikan penandatanganan perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja, yang difasilitasi oleh Malaysia selaku pengerusi ASEAN 2025.

Selepas Sidang Kemuncak ASEAN, Trump dijadual memulakan lawatan tiga hari ke Jepun mulai 28 Oktober, sebelum berangkat ke Korea Selatan bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada 31 Oktober dan 1 November.

Pegawai diplomatik ASEAN memberitahu bahawa kehadiran Trump di Kuala Lumpur akan menjadi “isyarat penting keterlibatan semula Amerika” dengan rantau ini selepas beberapa tahun dasar luar AS lebih berfokus ke dalam negeri. Difahamkan, Trump dijangka tiba di Malaysia pada 25 Oktober, sehari sebelum persidangan bermula.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, dengan fokus kepada visi “ASEAN 2045: Masa Depan Kita Bersama”, yang menekankan kesalinghubungan serantau, keamanan berterusan dan pertumbuhan hijau inklusif.

Jika kehadiran Trump disahkan, ia bakal menjadi lawatan pertama beliau ke Malaysia sebagai Presiden dalam penggal baharunya, dan pertemuan pertama secara bersemuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah kerangka ASEAN-U.S. Comprehensive Strategic Partnership.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat