“Mungkin Anwar malaikat tak ambil gaji” – pembangkang

- Advertisement -

“Mungkin Anwar malaikat tak ambil gaji” – pembangkang

KUALA LUMPUR – Pembangkang di Dewan Rakyat hari ini mempersoalkan bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh pendapatan sekiranya benar beliau tidak mengambil sebarang gaji daripada jawatan-jawatan yang digalasnya.

Induk soalan itu dicetuskan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin membahaskan Belanjawan 2025.

“Saya sokong apa yang disebut perlunya satu kajian yang terperinci, data yang ada waktu kita (kerajaan sebelum ini) menaikkan gaji minimum daripada RM1,200 kepada RM1,500… sebenarnya masih belum selesai dan saya rasa dia Perdana Menteri (PH-Tambun) tak boleh berselindung di sebalik dia tak ambil gaji.

“Ya konon dilindungi dengan hasrat tersebut. Sebab kalau tengok dari segi data yang ada, Rasul pun ada peruntukan yang Allah bagi ni, ni nampak lebih daripada Rasul ni.

“Ya mungkin dia (Anwar) malaikat kot, dia tak makan gaji. Ataupun dia mungkin transfer saja, (maksudnya) dia tak ambil tapi dia online.

“Jadi saya minta komen sebab kadang-kadang kenyataan beliau berselindung di sebalik kononnya kerajaan yang ada ini berselindung kami pun tak ambil gaji, Perdana Menteri pun tak ambil gaji,” seloroh Tuan Ibrahim di Dewan Rakyat pada Isnin.

Persoalan Timbalan Presiden Pas itu kemudiannya disambut oleh Hamzah (PN-Larut).

“Wow lebih hebat, saya tak tahulah urusan sama ada tak ambil gaji ini diumumkan semuanya.

“Alhamdulillah, baiklah. Tapi kalau dah tak ambil gaji, jangan juga ambil elaun , dia beza. Gaji itu memang betul, tapi elaunnya bagaimana datang daripada mana? Ada juga elaun-elaun yang datang daripada GLIC, GLC itu juga kita harus persoalkan.

“Kalau nak umum, umumkan zero income, tapi kalau zero income dia nak makan dengan apa? Kalau dia boleh berdoa pum! beras dihantar oleh Kota Raja (Datuk Seri Mohamad Sabu) depan dia. Beras tempatan pula tu tak apalah.

“Tapi saya ingat eloklah jangan sampai dia berdoa, ya Allah ya Tuhanku tung! datang epal depan dia, ha macam tu berapa ramai orang ataupun avocado terus jatuh ustaz? Ini susahlah kita.

“Jadi kalau itulah yang dipersoalkan Kubang Kerian saya tak tahu saya minta YAB (Perdana Menteri) sendiri jawablah,” ujar Hamzah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat