Zahid Tak Bertanding PRU-15?

- Advertisement -

CYBERJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka tidak akan mengekalkan kerusi Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Tempat itu, bagaimanapun mungkin akan diganti sama ada oleh anaknya Nurulhidayah atau orang kanan beliau sendiri, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, keputusan itu dibuat bagi memastikan nama dan isu yang melibatkan dirinya kini tidak dijadikan modal berkempen parti lawan.

Langkah itu sekali gus menjawab teka-teki berhubung sokongan penuh UMNO-UMNO Bahagian kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri ke-10 jika Barisan Nasional (BN) menang.

Pada 23 September lalu, Ahmad Zahid dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas 40 pertuduhan rasuah berhubung kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen atas 40 pertuduhan menerima rasuah daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung projek VLN pada Jun 2019.

Bagaimanapun, beliau masih berdepan dengan 47 pertuduhan lagi dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan kes dakwaan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan dana milik Yayasan Akalbudi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat