Konsert Syamel, Ernie Zakri ‘sold out’!

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pasangan penyanyi Syamel, 29, dan Ernie Zakri, 30, sangat terharu tiket Konsert Aku Cinta mereka yang berlangsung Ahad ini, jam 8.30 malam di Zepp Kuala Lumpur, di sini, habis dijual.

Mereka mengakui ‘segan’ menyebut ‘sold out’ kerana tidak menyangka sambutan dan sokongan diberikan kepada mereka sangat luar biasa.

“Nak sebut ‘sold out’ pun kami segan-segan. Jutaan terima kasih kepada semua yang membeli tiket untuk hadir ke konsert kami, Ahad ini.

“Syukur, kami tidak menyangka konsert pertama kami ini terjual habis. Perkataan ‘sold out’ itu tidak akan terjadi tanpa sokongan dan kehadiran anda semua,” kata Syamel.

Menyifatkan malam itu cukup bermakna buat mereka, Ernie tidak nafikan terbit rasa gementar namun berjanji memberikan persembahan paling menghiburkan.

“Kami memang sangat teruja tapi pada masa sama sangat berdebar. Kita pun sedia maklum, dewan pada malam itu akan penuh dengan kehadiran semua.

“Insya Allah kami akan memberikan yang paling terbaik. Sama-sama kita berdoa agar keseluruhan persembahan dan perjalanan konsert itu nanti akan dipermudah,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat