Tun M sedia mulakan langkah jumpa Anwar, ketepikan ego demi negara

- Advertisement -

CYBERJAYA: Tun Dr Mahathir Mohama bersedia mengadakan rundingan dan kerjasama bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Parti Pejuang itu berkata, beliau juga bersedia memulakan langkah untuk bertemu Presiden PKR itu demi mengalahkan kejahatan yang merosakkan negara.

Malah, beliau juga memberitahu tidak kisah jika digelar tak tahu malu atau menjilat ludah semula kerana ia tidak memberi kesan kepada negarawan berkenaan.

Apa yang penting ketika ini, kata Mahathir, adalah mengenepikan perasaan peribadi dan ego demi perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

“Telah beberapa kali saya terbaca bahawa saya ini akan terhegeh-hegeh bertemu musuh apabila membuat percaturan politik.

“Contoh yang kerap diguna ialah bagaimana saya sanggup pergi berjumpa Anwar sampai ke mahkamah sebelum pilihan raya 2018 untuk mendapat sokongan darinya.

“Ini benar. Bagi saya perasaan peribadi, bersikap sombong, ego, kepentingan diri tidak ada tempat dengan sesuatu perjuangan terutamanya apabila terkait agama, bangsa dan tanah air.

“Semasa saya pergi bertemu dengan Datuk Seri Anwar di mahkamah, perkara utama yang ada di dalam fikiran saya ialah bagaimana cara untuk menyekat Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan UMNO/BN pimpinannya dari terus berkuasa,” kata Mahathir dalam kenyataan medianya hari ini.

Selain itu, Mahathir yang juga penyandang kerusi Parlimen Langkawi itu berkata, semasa pertemuannya bersama Anwar di mahkamah, seluruh dunia melaporkan puluhan billion wang rakyat dirompak oleh Najib.

Justeru, sekiranya Najib dan Kerajaan BN tidak dijatuh pada ketika itu, pengkhianatan mereka akan tersembunyi selain mereka dapat terus menyamun, kata bekas perdana menteri itu.

“Sifir politik ketika itu juga amat jelas, jika pihak pembangkang tidak bersatu dan bertanding di atas pentas yang sama, Najib dan konco-konconya akan terus berkuasa.

“Maka pilihan yang perlu saya buat juga amat mudah iaitu untuk mengalahkan kejahatan yang sangat merosakkan negara, saya perlu bekerjasama dengan bekas musuh-musuh saya yang juga bersetuju perlu menyekat kejahatan tersebut.

“Kerana itu saya bersedia bertemu dengan Anwar kerana saya percaya dia juga berfikir semacam dengan saya. Jika saya yang perlu memulakan langkah, saya akan lakukan.

“Orang nak kata saya tak tahu malu atau jilat ludah semula tidak memberi kesan kepada saya. Yang penting matlamat kita untuk menyekat kemaraan orang yang merosakkan negara tercapai. Kejatuhan Najib menunjuk kita telah lakukan sesuatu yang menjayakan kita,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat