Pengundi BN di enam negeri diseru pulang mengundi

- Advertisement -

CYBERJAYA: Semua pengundi BN yang berdaftar di enam negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan PAS diseru agar pulang mengundi pada 19 November ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pengundi luar mungkin berdepan dilema kerana perlu pulang dua kali untuk mengundi sama ada pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) atau selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan tahun hadapan.

Enam negeri yang tidak membubarkan DUN ialah Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, Ahmad Maslan berharap agar 99 peratus pengundi BN yang mana kebanyakannya terdiri daripada penyokong tegar, ahli UMNO, keluarga yang menyokong UMNO dapat keluar mengundi kali ini.

“Pengundi luar akan pilih pulang hari raya atau pilihan raya, jadi saya harap mereka yang ingin mengundi BN pulanglah.

“Yang tak mahu mengundi BN, (maka) terpulang pada mereka,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam sesi wawancara ‘Sembang PRU-15’ bersama Media Mulia TV (MMTV).

Mengulas lanjut, Ahmad mengakui, kira-kira tujuh juta pengundi baharu pada pilihan raya kali ini merupakan satu angka yang menggerunkan bukan sahaja buat BN, malah parti lain.

Katanya, ini kerana tidak ada satu parti pun yang yakin dapat menawan generasi baru.

“Cuma, pengundi baru anak muda sama ada berusia 18 tahun atau sehingga 40 tahun, cuba lihat apakah yang kita kehendaki.

“Jadi (formula) PKPKPK (Pendidikan, Kemahiran, Peluang Berniaga, Kerja, Perumahan dan Kebajikan) dapat menjadi perkara utama untuk difikirkan generasi muda,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,477FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat