Anwar sah bertanding di Tambun

- Advertisement -

CYBERJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau akan bertanding di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengumuman itu dibuat ketika berucap di Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Ipoh malam tadi.

Pengumuman itu mengesahkan khabar angin mengatakan beliau akan meninggalkan kerusi Parlimen Port Dickson.

Dengan pengumuman berkenaan, Pengerusi PH itu dijangka bertembung dengan penyandang kerusi tersebut, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pada PRU-14, Ahmad Faizal yang bertanding atas tiket PH menggunakan logo PKR, menang dalam pertembungan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN) dan PAS, selepas menerima 38,661 undi, dengan majoriti 5,320 undi.

“Saya mahu Perak bersama. Saya akan terjun dalam politik di Perak. Saya belajar daripada pengalaman Lim Kit Siang. Saya tidak memilih kawasan mudah yang menjanjikan majoriti besar.

“Saya ketua. Saya mengepalai dan berani untuk merempuh dan tawan Tambun dalam pilihan raya ini. Saya mahu rakan di Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor melihat keyakinan kita.

“Saya bukan tawan kerusi yang mudah, tapi saya mahu Perak bersama diangkat martabatnya. Perak akan menjadi barisan hadapan perjuangan dalam PRU kali ini. Sebab itu saya akan berlabuh di Tambun,” kata Presiden PKR itu sambil disambut sorakan lebih 7,000 perwakilan PH.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat