Faizal Azumu ucap ‘selamat datang’ kepada Anwar

- Advertisement -

CYBERJAYA: Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini ‘mengalu-alukan’ pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Tambun.

Dalam video yang dikongsi di media sosialnya, Ahmad Faizal dengan tersenyum memberi peringatan kepada Anwar tentang loghat yang digunakan di Perak.

“Bagi mereka yang nak berhijrah daripada tempat lain, dari satu tempat ke satu tempat dan nak datang ke Tambun, saya nak beritahu sikit.

“Di Tambun kita sebut ayor. Dengar betul-betul, ayor. Bukan ayaq. OK Terima kasih. Selamat datang,” katanya.

Ayor merupakan loghat di beberapa tempat di Perak manakala ayaq pula merupakan loghat negeri di utara tanah air.

Anwar berasal daripada Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Malam tadi, dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang diadakan di Ipoh, Presiden PKR itu mengumumkan beliau akan meninggalkan Parlimen Port Dickson dan bertanding di Tambun.

Ia merupakan sebahagian daripada langkah PH untuk menjadikan Perak sebagai negeri barisan hadapan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) seperti di Johor pada pilihan raya yang lalu.

Ahmad Faizal memenangi kerusi Tambun pada PRU-14 dan ketika itu menggunakan logo PKR.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat