Tengku Zulpuri Biadap, Hina Institusi Raja – Pemuda UMNO Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang menyelar kenyataan biadap bekas Ahli Parlimen DAP dari Raub Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang menghina institusi diraja Pahang di pentas ceramah politik, baru-baru ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, kenyataan Tengku Zulpuri itu sangat melampau batas apabila mengaitkan Istana Pahang dalam kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

“Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang kesal, kecewa dan tersinggung dengan kenyataan biadap bekas Ahli Parlimen DAP dari Raub, Tengku Zulpuri yang menghina institusi diraja Pahang di pentas ceramah politik, baru-baru ini.

”Dalam video yang tular di media sosial khususnya di aplikasi whats app, Tengku Zulpuri telah bertindak melampau batas apabila turut mengaitkan Istana Pahang dalam kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.” katanya selepas membuat laporan Polis di IPD Kuantan, sebentar tadi.

Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang yang diketuai Ketua Pemudanya, saudara Farid Md Nor telah membuat laporan polis hari ini di IPD Kuantan bagi menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang paling tegas terhadap Tengku Zulpuri, bagi memberi pengajaran bahawa ada had dan batas dalam berpolitik.

Kata Fadzli lagi, beliau (Tengku Zulpuri) secara terang-terangan menyebut nama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dalam ceramah tersebut yang jelas bertujuan menimbulkan kebencian terhadap Istana Pahang.

“Kenyataan pemimpin DAP ini pastinya telah mengguris hati dan perasaan rakyat Pahang yang amat mengasihi dan sentiasa bernaung di bawah institusi diraja.” jelas Fadzli yang juga Ketua Pemuda UMNO Raub. -SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat