Kerajaan tak abai masyarakat luar bandar, kata PM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kerajaan tidak pernah mengabaikan masyarakat luar bandar dan sentiasa memastikan nasib mereka terus terbela.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu dapat dibuktikan apabila peruntukan Bajet 2023 kepada agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) termasuk Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) meningkat berbanding tahun lalu.

Untuk tahun 2023, Ketengah menerima peruntukan sebanyak RM56 juta berbanding RM39 juta pada tahun ini.

“Saya ingin mengucapkan syabas kepada Ketengah di atas kejayaan mengekalkan prestasi yang baik sekaligus menerima peruntukan pembangunan berjumlah RM1.7 juta iaitu kenaikan 4.1 peratus tahun ini.

“Kenaikan ini merupakan petunjuk bahawa agensi kerajaan yang berada di bawah kepimpinan kerajaan Keluarga Malaysia hari ini adalah cekap, berintegriti dan mampu mengurus tadbir ekonomi negara dengan baik.

“Keluar Malaysia di luar bandar juga diberi perhatian oleh kerajaan dalam pelbagai aspek terutama ekonomi dan bantuan-bantuan lain,” ujarnya ketika menghadiri Program Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Ketengah di Kemaman hari ini.

Turut hadir Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Pengerusi Ketengah, Datuk Seri Ahmad Said.

Selain itu, pada program sama, Ismail turut mengumumkan seramai 20 suri dari wilayah Ketengah akan mendapat bantuan pembiayaan peralatan jahitan di bawah Program Suri Impian (SURIA) yang bernilai kira-kira RM100,000.

“(Ia) bagi menambah pendapatan keluarga sekaligus keluar daripada belenggu kemiskinan,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat