Pandalela bongkar jurulatih terjun buat lawak lucah, KJ respons

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong hari ini secara terbuka mendedahkan lawak lucah adalah sesuatu yang tidak lucu dan perkara itu mendapat respons daripada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Dalam rantaian Twitternya, Pandalela mengungkap kronologi kisah jurulatih terjun yang gemar membuat lawak lucah.

“Dulu saya ada seorang coach (jurulatih) ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun ‘fake laugh’ (pura-pura ketawa) sebab takut dia.

“Pernah sekali tak tahan, saya tegur dia, tapi kena buli balik. 7 tahun kemudian dia buat kes rogol,” ciap Pandalela dengan tanda pagar #rapejokeisnotfunny.

Ratu terjun itu menambah lagi, sepanjang 7 tahun jurulatih ‘tidak bermoral’ itu membuat lawak lucah berkenaan dia sentiasa ‘selamat’ kerana dilindungi.

“Tapi paling sedih dalam 7 tahun itu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlet tak boleh buat apa, sebab ‘backup’ besar dia ialah head coach (ketua jurulatih) kami sendiri.

“Jadi moral daripada kisah ini, kita memerlukan pemimpin yang baik yang dapat memperbaiki apa yang salah bukannya menutup mata kepada kejahatan dan mereka yang dianiaya mesti bersuara. Suara kecil tetap penting sekiranya kita bersatu,” seru beliau.

Pun begitu, Pandalela tetap rasa bertuah dan bersyukur kerana dilindungi oleh persatuan sukan yang mengambil berat hal keselamatan atlet.

Sementara itu, Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan mencelah mengucapkan terima kasih kepada Pandalela kerana telah bersuara berkenaan isu lawak rogol berkenaan.

“Terima kasih kerana bersuara, Lela. Masih ada wartawan sukan yang mengkritik keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika itu tentang rombakan sukan terjun berdasarkan tuduhan ini beberapa tahun lalu.

“Saya akan membuat keputusan sama, setiap masa,” ujar Khairy.

Beberapa hari ini kecoh di media sosial apabila video pelakon Fauzi Nawawi bercerita mengenai lakonan aksi rogol yang mengundang kecaman netizen.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat