Laksanakan Mandat & Naratif KPLB Bantu Sejahterakan Masyarakat Luar Bandar – Mahdzir Khalid

- Advertisement -

KUCHING – Semua agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) perlu segera melaksanakan program dan agenda yang digariskan kerajaan selaras dengan naratif kementerian itu.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, mandat yang diberikan kepada agensi-agensi KPLB juga jelas iaitu mensejahterakan masyarakat di luar bandar.

“Kita adalah agensi yang melaksanakan program atau agenda kerajaan. Apakah benda ataupun naratif kepada pembangunan luar bandar yang sudah semestinyalah didalam itu ada kesejahteraan rakyat, kemudahan untuk rakyat dan lebih dari itu lagi ialah hendak membantu masyarakat di luar bandar dalam perkara-perkara yang dalam bidang tugas Kementerian Pembangunan Luar Bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua-ketua Agensi KPLB Wilayah Sarawak di sini hari ini sempena lawatan kerja tiga hari.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II, Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.

Tambah Mahdzir, mandat yang diberikan kepada agensi-agensi KPLB adalah yang berkaitan dengan pembangunan sosio ekonomi, kemudahan prasarana serta pendidikan untuk masyarakat pelbagai peringkat.

“Mandat kita adalah mandat sosio ekonomi, mandat kita adalah mandat yang berkaitan dengan pendidikan, mandat kita adalah mandat yang berkaitan dengan prasarana dan kemudahan rakyat.

“Jadi kalau ada di MARA dan ada di KEMAS, sudah tentulah dia lebih kepada mandat pendidikan dan juga mandat keusahawanan, di KEMAS lebih kepada pendidikan awal kanak-kanak,” ujarnya

Tegas beliau lagi, sebagai ketua agensi yang diamanahkan melaksanakan program dan agenda pembangunan masyarakat, mereka perlu ada perasaan simpati untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

Justeru beliau menyeru agar segala keperluan rakyat disegerakan dan dipermudahkan pelaksanaannya tanpa melanggar peraturan dan ketetapan sedia ada.

“Saya mintak supaya yang pertamanya kita penuhi, kita kena ada perasaan simpati kepada rakyat itu, kita kena ada perasaan untuk kesian kepada rakyat itu yang kita nak tolong.

“Saya sendiri datang dari kumpulan ahli politik marhaen, saya datang dari kampung, saya tahu kesusahan dan kepayahan yang dialami oleh rakyat. Jadi ianya sangat dekat dengan jiwa saya untuk saya bantu,” katanya.

Selain itu, beliau juga mahu semua agensi di bawah KPLB menyediakan Sistem Data Raya dan maklumat berkaitan pelaksanaan projek dan program pembangunan untuk rakyat.

Data Raya itu jelas Mahdzir, akan memudahkan status segala program pembangunan dipantau dan disalurkan kepada pihak yang berkaitan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat