Taman Negara Johor Bakal Dibuka Kembali Bulan Depan – PTNJ

- Advertisement -

ISKANDAR PUTERI – Semua taman negara di negeri ini bakal dibuka untuk menerima kunjungan orang awam selepas dibenarkan beroperasi semula bermula 1 November ini.

Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), Hanis Musalman Salehan berkata, pembukaan tersebut selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurutnya, pengunjung bagaimanapun mestilah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk lengkap dua dos vaksin Covid-19.

“Individu yang telah lengkap menerima suntikan vaksinasi mereka dibenarkan membawa kanak-kanak berusia bawah 18 tahun untuk mengunjungi Taman Negara Johor.

“Taman Negara Endau-Rompin Peta; Endau-Rompin Selai; Gunung Ledang dan Tanjung Piai dibuka sepenuhnya manakala Pulau Kukup hanya dibuka untuk aktiviti memancing dan menaiki bot,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Hanis Musalman, Taman Negara Johor merupakan destinasi pelancongan terkenal di negara ini yang dipenuhi dengan keindahan flora dan faunanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman sesawang PTNJ di www.johornationalparks.gov.my. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat