Denda perokok di kedai makan, langgar SOP pandemik -KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertegas akan mengembalikan semula pematuhan larangan merokok di kedai makan seperti mana yang pernah dipraktikkan era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) oleh pendahulunya, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad.

Menurut beliau, larangan merokok di kedai makan adalah satu dasar yang bagus diperkenalkan oleh Dr Dzulkefly.

Khairy menzahirkan penegasan itu apabila seorang pengguna Twitter ulang kicau memohon beliau selaku Menteri Kesihatan supaya kembali meningkatkan pematuhan larangan merokok di kedai makan kerana katanya makin ramai pula orang hisap rokok dalam kedai seolah-olah larangan tersebut telah dihapuskan.

“Setuju. Ini dasar yang bagus dari zaman Dr Dzulkefly.

“Semalam saya telah minta penguatkuasaan terhadap larangan merokok ini ditingkatkan lagi.

Sambil memantau pematuhan SOP pandemik, boleh denda perokok yang langgar larangan tersebut. Sekali harung,” ciap Khairy.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat