PRN Melaka: Norhizam ditolak jadi calon PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) hari ini sebulat suara menolak Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Keputusan tegas itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.

“Dalam isu empat bekas ADUN, PH telah menerima pandangan semua pihak yang tegas tentang perkara ini.

“Perlu ditekankan kepentingan rakyat adalah lebih penting daripada mana-mana individu. Oleh kerana mereka bukan ahli mana-mana parti komponen PH, maka soal pencalonan mereka dalam PRN tidak berbangkit di dalam mesyuarat hari ini.

“Walau bagaimanapun, Majlis Presiden turut memutuskan bahawa Datuk Norhizam Hassan Baktee tidak akan dijadikan calon Pakatan Harapan dalam PRN Melaka,” kata semua presiden komponen PH dalam kenyataan media bersama pada Khamis.

Selain itu, keputusan lain yang dimuktamadkan ialah Majlis Presiden turut bersetuju melantik Adly Zahari bagi mengetuai jentera pilihan raya PH Melaka bagi menghadapi PRN Melaka.

Dalam perkembangan sama, Majlis Presiden PH turut memutuskan menghantar wakil untuk bertemu serta berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Ini bagi menyampaikan pandangan Pakatan Harapan serta memastikan prinsip demokrasi dijunjung, hak parti-parti politik bertemu pengundi tidak terjejas, dan perjalanan pilihan raya adalah adil kepada semua pihak terutama pada ketika Melaka berada di dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat