Ranhill SAJ Sekadar Membantu Air Selangor

- Advertisement -

JOHOR BAHRU- Ranhill SAJ Sdn. Bhd (Ranhill SAJ) tampil menjelaskan bantuan yang dihulurkan kepada syarikat pembekal air di negeri Selangor, Air Selangor adalah sebagai memenuhi tanggungjawab sosialnya dalam melindungi kepentingan seluruh masyarakat di Malaysia.

Mengulas mengenai bantuan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nor Ifuan Md Nor berkata, usaha seumpamanya tidak terhad kepada negeri atau kawasan tertentu sahaja.

Menurutnya, ia sebaliknya adalah satu usaha syarikat itu untuk membantu mana-mana pengendali air di Malaysia yang mengalami situasi serupa.

“Ranhill SAJ memahami kesukaran pengguna air yang berdepan dengan masalah mendapat bekalan air, dan walaupun tumpuan Ranhill SAJ kekal terhadap para pengguna air di Johor, namun sebagai warga korporat Malaysia yang prihatin, ia menjadi tanggungjawab kami untuk meringankan beban pengendali dan pengguna air lain setakat yang termampu.

“Selain menghulurkan bantuan kepada Selangor, bantuan lori tangki milik Ranhill SAJ sebelum ini juga pernah dihantar ke negeri lain seperti Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan semasa mereka menghadapi situasi yang sama,” katanya.

Beliau memberitahu, Ranhill SAJ menghantar 10 buah lori tangki air bagi membantu penduduk di Selangor mendapat bekalan air berikutan empat Loji Rawatan Air (LRA) di negeri tersebut yang terpaksa ditutup.

“Usaha oleh Ranhill SAJ ini telah menerima pelbagai maklum balas positif di media sosial, termasuklah video berdurasi dua minit yang dirakam oleh pengguna air terbabit yang tular sejak kelmarin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat