MB Kedah Mahu Saman Mahfuz Omar

Hanya Libatkan Isu MB Perak, Sia-Sia Sahajalah Usaha Pemimpin PH – Dr Kamarul

Oleh: Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff Seperti ramai yang lain, saya juga terkejut dengan tindakan 24 ADUN Umno bekerjasama dengan 24 ADUN dari PH, iaitu...

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 6.7 Peratus Tahun Depan

KUALA LUMPUR - Fitch Ratings menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang 6.7 peratus tahun depan disokong pemulihan eksport barangan dan komoditi yang berterusan. Agensi penarafan antarabangsa dalam...

Lelaki Merajuk, Jalan Kaki 400 Kilometer Selepas Bertengkar Dengan isteri

MILAN – Seorang lelaki berjalan kaki sejauh 418 kilometer (km) dengan niat mahu menenangkan diri selepas bertengkar dengan isterinya, lewat bulan lalu. Lelaki berusia 48...

PKPB Disambung atau Tidak, Bakal Diketahui Esok

PUTRAJAYA - Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan atau disambung di beberapa negeri Semenanjung akan diumumkan esok (Sabtu). Pengumuman itu bakal dibuat...

Menteri Kewangan Kecewa Penarafan Malaysia Diturunkan

KUALA LUMPUR - Semakan semula penarafan ke atas Malaysia oleh Fitch Ratings adalah disebabkan impak negatif daripada pandemik COVID-19 ke atas kedudukan fiskal negara...

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor akan memfailkan saman fitnah terhadap empat pemimpin pembangkang yang mendakwa pembelian kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire milik Syarikat Air Darul Aman (SADA) adalah bagi kegunaannya.

Muhammad Sanusi berkata, antara pemimpin berkenaan adalah Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor Dr Ismail Salleh dan beberapa individu lain.

Menurutnya, pembelian kenderaan terbabit dibuat Jawatankuasa Perolehan Aset SADA secara dalaman dan dilakukan mengikut had perbelanjaan ditetapkan.

“Pihak terbabit sepatutnya meminta penjelasan terlebih dahulu, saya sudah melihat tulisan dan siaran langsung media sosial mereka, peguam saya akan memfailkan kes mahkamah minggu hadapan.

“Saya difahamkan pembelian kenderaan terbabit dilakukan bagi kegunaan bersama ahli lembaga pengarah dan pegawai kanan di SADA,” katanya ketika sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah melakukan kunjungan ke pejabat SADA bagi meneliti dokumen pembelian kenderaan terbabit dan berjumpa pengurusan syarikat utiliti berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi SADA berkata, Toyota Vellfire yang baharu dibeli itu kini berada di SADA selain syarikat utiliti berkenaan turut membeli pelbagai aset seperti lori tangki dan pam air bagi kegunaan operasi.

“Melalui penulisan terbabit, saya dituduh mengambil Toyota Vellfire ini di tol pada 2.30 pagi sedangkan saya tidak pernah melihat dan menaikinya sehingga kini.

“Saya hanya menggunakan dua kenderaan rasmi iaitu Volvo S90 dan Mercedez S320 yang dibeli bekas Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini,” katanya.

Kenderaan mewah terbabit dikatakan dibeli SADA pada harga RM345,000 dan memiliki spesifikasi tertinggi. – HMetro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan