Mahathir Musnahkan Sistem Kehakiman Negara

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mendakwa terdapat banyak campur tangan dalam sistem kehakiman sepanjang 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerajui pentadbiran negara.

Menurut Najib, ia adalah merupakan pendekatan bekas perdana Tun Dr Mahathir Mohamad itu sejak dahulu lagi.

Najib melalui laman Facebooknya turut menyenaraikan salah laku Mahathir sepanjang 22 bulan mentadbir kerajaan Pakatan Harapan.

“Tapi itu memang cara Tun Mahathir dari dulu-dulu lagi.

“Dalam 22 bulan Tun Mahathir jadi PM7, dia telah:
– lantik peguam Guan Eng jadi Peguam Negara.
– lantik peguam penjual banglo murah Guan Eng jadi pendakwa raya kes saya.
– lantik pemimpin PH Plus menjadi boss SPRM
– letakkan Ketua Hakim Negara pro-PH Plus pilihan Kit Siang yang kemudiannya berkempen untuk PH Plus dalam PRN Sabah dan dilantik pengerusi syarikat Berjaya milik kawannya
– hakim kes saya tiba-tiba ditukar selepas perbicaraan bermula tanpa sebarang sebab diberi.
– individu-individu yang sendiri mengaku dalam Mahkamah telah disogok dan mengaku telah menerima wang tidak didakwa tetapi dijadikan saksi pendakwaan terhadap saya.
– gugurkan kes banglo Guan Eng selepas perbicaraan kes berjalan.
– tidak mendakwa Guan Eng untuk kes terowong walaupun ada 6 kertas siasatan SPRM yang telah disiapkan
– tarik balik laporan polis yang dibuat atas syor RCI BNM Forex RM32 bilion (nilai RM100 bilion sekarang) dan mengklasifikasikan kes itu sebagai “No Further Action” ujarnya.

Najib berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Biro Undang-undang DAP, Ramkarpal Singh yang menyifatkan Mahathir sebagai orang yang bertanggungjawab memusnahkan sistem kehakiman negara ini.

“Dulu saya percayakannya. Hari ini dia benar-benar mahukan kerajaan tanpa Anwar, dan ia membangkitkan persoalan: Mengapa anda berbohong pada masa lalu dengan menjanjikan jawatan (perdana menteri) kepadanya?

“Saya hormat apa yang anda lakukan pada masa lalu. Anda musnahkan sistem kehakiman, penjarakan ramai orang kerana mereka menentang anda. Masih ingat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?” katanya melalui satu kenyataan semalam.

Najib seterusnya berkata kekesalan anak kepada mendiang Karpal Singh itu bagaimanapun tidak selari dengan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng.

“Ramkarpal mungkin kesal tapi saya rasa boss dia Guan Eng tentu tak kesal sebab kes-kes mahkamah dia digugurkan separuh jalan supaya dia boleh rasa jadi Menteri Kewayangan untuk tipu Rakyat,” bidasnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat