Hisham Mengadakan Pertemuan Dengan Dr Zul Berhubung Jawatankuasa Tertinggi Malaysia-Arab Saudi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn, mengadakan pertemuan dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Sri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di pejabat beliau di Wisma Putra, hari ini.

Menurut Hishammuddin, beliau mempelawa Dr Zulkifli ke pejabatnya bagi meminta pandangan berhubung Jawatankuasa Strategik Peringkat Tertinggi Malaysia dan Arab Saudi bagi memperkukuhkan kerjasama antara kedua negara.

“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa ini, saya percaya untuk menjayakannya, pandangan dan sokongan dari Menteri-Menteri berkaitan amat diperlukan,

“Alhamdulillah, saya dan Datuk Seri Dr Zulkifli senada bahawa banyak usahasama boleh dilaksanakan menerusi cadangan ini,” jelasnya dilaman facebook beliau sebentar tadi.

Didalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin tersebut bersetuju membincangkan berkenaan kuota haji untuk rakyat Malaysia bagi tahun 2021/1442 hijrah, jumlah rakyat Malaysia yang dibenarkan mengerjakan umrah sebaik sahaja kerajaan Arab Saudi membenarkan umrah kembali dilaksanakan.

Disamping itu, perbincangan juga bersetuju untuk membincangkan berkenaan bantuan kerajaan Arab Saudi kepada golongan daif dan kurang berkemampuan untuk menunaikan umrah, kerjasama pendidikan dan penyelidikan khususnya berkaitan keagamaan, merancakkan kembali aspek pelancongan terutama Arab Saudi melalui kehadiran rakyat Malaysia ke sana bagi menunaikan umrah dan akhir sekali berkenaan memperkasa usaha membantu lebih ramai umat islam di rantau ASEAN.

Jelas Hisham lagi, biarpun Jawatankuasa ini baru ditubuhkan, penting bagi dirinya dan Dr Zulkifli berbincang lebih awal mengenai inisiatif-inisiatif yang boleh dilaksanakan nanti.

“Kita akan umumkan inisiatif-inisiatif ini semasa lawatan Menteri Luar Arab Saudi yang dijangka mengadakan lawatan rasmi ke negara ini,

“Yang Mulia Putera Faisal bin Farhan Al Saud akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia yang dijangka pada tahun ini atau awal tahun hadapan,” katanya.

Terdahulu pada 18 Oktober lepas, Hishammuddin mengumumkan kerjasama antara Malaysia dengan Arab Saudi akan diperkukuhkan era pasca pandemik Covid-19 melalui penubuhan Jawatankuasa Strategik Peringkat Tertinggi.

Menurutnya, Malaysia dan Arab Saudi setuju bentuk Jawatankuasa Strategik Peringkat Tertinggi demi perkukuhkan usahasama pasca pandemik. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat