Rakan dari Brunei, Itali, Singapura dan Kanada turut menyumbang mahu Najib kembali bersama keluarga – Rosmah

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor akui terharu dengan keprihatinan dan sumbangan wang daripada rakan-rakan dari dalam negara termasuk dari luar negara termasuk dari Brunei, Itali, Singapura, dan negara lain, termasuk sejauh Kanada.

Isteri bekas Perdana Menteri itu berkata, mereka telah menghubungi beliau untuk menyatakan kegembiraan mereka terhadap perkembangan terkini mengenai Datuk Seri Najib Razak sambil menyatakan hasrat untuk memberi sumbangan.

“Syukur Alhamdullillah. Saya benar-benar terharu.

“Bukan sahaja sumbangan yang dihulurkan daripada rakan2 dan sahabat taulan di sini, tetapi juga dengan rakan-rakan dari luar negara — dari Brunei, Itali, Singapura, dan negara lain, termasuk sejauh Kanada. Mereka telah menghubungi saya untuk menyatakan kegembiraan mereka terhadap perkembangan terkini mengenai Datuk Seri Najib sambil menyatakan hasrat untuk memberi sumbangan.

“Mereka hanya mahu melihat Datuk kembali bersama keluarga. Itu sahaja.

“Saya tidak pernah menyangka begitu ramai yang masih mengambil berat dan sanggup tampil membantu dengan penuh keikhlasan,” ujarnya.

Kata Rosmah, hari ini, beliau sedar siapa sahabat yang sentiasa bersama kami ketika susah dan senang.

“Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi atas segala doa, kasih sayang dan keikhlasan kalian,” ucap Rosmah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat