Anwar cabar pembangkang usul undi tak percaya Oktober ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pembangkang menghantar usul undi tidak percaya terhadap beliau pada Sidang Dewan Rakyat Oktober ini.

Perdana Menteri berkata pembangkang perlu mengikut undang-undang dan bukan sewenang-wenangnya menggesanya untuk melepaskan jawatan.

“Ada 30 orang suruh Anwar turun. Ingat negara dia tak ikut hukum. Nak turunkan sila, saya beri jaminan, ada usul sidang Parlimen pertengahan Oktober (14 Oktober).

“Bawa usul undi tidak percaya kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.. sempat, kalau lambat pun saya luluskan,” katanya memetik laporan BH.

Sebelum ini, beberapa perwakilan dan pimpinan PAS menuntut Anwar meletak jawatan pada Muktamar Tahunan ke-70 parti berkenaan di Temerloh, minggu lalu.

Ini bukanlah kali pertama beliau mencabar Perikatan Nasional (PN) untuk membentangkan usul berkenaan di Dewan Rakyat.

Anwar membuat cabaran serupa pada 11 Januari lalu dan 6 Mei tahun lalu, dan menambah beliau akan memendekkan tempoh notis.

Gesaan untuk menguji keabsahan Anwar itu susulan dakwaan Presiden PKR itu tiada majoriti mudah 112 sokongan Ahli Parlimen dengan merujuk kepada gerakan Langkah Dubai.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat