Sukma: Johor Letak Sasaran Baharu Kutip 70 Pingat Emas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas berjaya melepasi sasaran 50 pingat emas yang ditetapkan, kontinjen Johor kini mengalihkan fokus untuk mencapai kutipan 70 emas bagi meletakkan mereka di landasan terbaik untuk muncul juara keseluruhan buat kali pertama.

Setakat jam 5.30 petang hari ini, kontinjen Harimau Selatan kekal mendahului carta kedudukan pingat apabila mengutip 56 emas, 31 perak dan 28 gangsa, jauh meninggalkan Terengganu di tempat kedua (32-31-29) manakala Wilayah Persekutuan ketiga (25-34-39).

Ketua kontinjen Johor, Datuk Mohamad Najib Samuri bagaimanapun mengingatkan atlet dan pegawai agar tidak berasa selesa dengan pencapaian diraih itu sebaliknya kekal fokus bagi membantu negeri berkenaan mencapai kutipan 70 emas dalam misi bergelar juara keseluruhan.

Beliau optimis misi berkenaan bukanlah sesuatu yang mustahil dengan beberapa acara sukan dilihat berpotensi untuk menambah koleksi emas kontinjen negeri itu termasuklah kanu, silat, renang, hoki, tinju dan berbasikal trek.

“Apa yang kita lakukan sekarang adalah menanamkan mentaliti juara kepada semua atlet yang masih bertanding. Selepas kita berjaya melepasi sasaran 40 emas, fokus kita adalah untuk menjadi juara keseluruhan pula, saya harap atlet, pegawai dan pengurusan sukan kekal fokus dalam setiap acara yang sedang berlangsung.

“Kita belum boleh selesa kerana ada baki 200 acara lagi (termasuk semalam) berbaki tiga hari sebelum temasya SUKMA berakhir.

“Kontinjen Wilayah Persekutuan meletakkan sasaran untuk meraih 70 emas untuk mereka berpeluang menjadi juara keseluruhan. Jadi, kita juga perlu menetapkan sasaran yang sama untuk kita bersaing bagi menjadi juara buat kali pertama sejak SUKMA diperkenalkan pada 1986,” katanya.

Kanu menjadi penyumbang emas terbesar buat kontinjen Johor apabila setakat ini berjaya memenangi 14 emas sekali gus mencapai sasaran ditetapkan diikuti olahraga (sembilan), berbasikal (sembilan), wushu (enam), menembak (empat), renang (empat), memanah (dua), judo (satu), karate (satu), angkat berat (satu) dan e-sukan (satu).

Sebagai rekod, Johor tidak pernah muncul juara keseluruhan SUKMA sejak diperkenalkan pada 1986 dengan pencapaian terbaik adalah mengakhiri saingan di kedudukan kedua keseluruhan pada 1992 ketika menjadi tuan rumah dengan mengutip 20 emas.

Bagaimanapun, dari segi pencapaian pingat pula, Johor mengumpul emas terbanyak pada edisi 2010 di Melaka dengan meraih 40 emas sekali gus menyaksikan pencapaian diraih setakat jam 3.30 petang semalam sudah melepasi rekod terbaik buat negeri berkenaan.

Pada edisi di Perak empat tahun lalu, Johor mengakhiri saingan dengan di kedudukan kesembilan selepas mengumpul 29-34-37 dengan Terengganu muncul juara buat kali kelima dengan meraih 56-51-53.

Mengulas lanjut, Najib, berkata prestasi luar biasa barisan atlet Johor pada temasya kali ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan pihaknya dan berharap momentum kecemerlangan itu dapat diteruskan sehingga hari terakhir pada Jumaat ini.

“Saya ambil contoh semalam, kita hanya meletakkan sasaran untuk memenangi tujuh emas tetapi sebaliknya yang berlaku apabila kita dapat tambahan tujuh emas lagi menjadikan keseluruhan 14 emas kita menang. Jadi, ini semua adalah bonus buat Johor dan menjadi antara faktor penyumbang kepada pencapaian diraih setakat ini,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat