Banjir: Sekolah Asrama, Premis Awam Jadi PPS

- Advertisement -

CYBERJAYA – Sekolah berasrama dan premis awam yang mempunyai fasiliti lengkap dan selesa akan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) jika berlaku banjir pada akhir tahun ini.

Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira soal keselesaan dan kebajikan rakyat secara keseluruhan.

“Bagi memastikan kelancaran operasi di lapangan, Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) 20 telah menetapkan bahawa pegawai daerah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah mempunyai kuasa untuk mengenal pasti dan mengisytiharkan mana-mana premis awam dan sekolah terutamanya sekolah berasrama untuk dijadikan sebagai PPS,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Selain itu, Mohd Zuki memberitahu, sebelum itu Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung hari ini telah berbincang mengenai kesiapsiagaan bagi menghadapi Monsun Timur Laut.

Mohd Zuki yang juga Ketua Setiausaha Negara turut meminta semua agensi kerajaan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana agar sentiasa bekerjasama dan bersiap siaga dalam menghadapi sebarang bencana.

“Ini bagi memastikan Keluarga Malaysia yang terkesan mendapat penempatan yang selesa, perlindungan yang selamat serta kebajikan yang terjamin sepanjang berada di PPS,” ujarnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat