Tiga Lokaliti di Pahang, Sabah Dikenakan PKPD Berkuatkuasa Esok – MKN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di dua lokaliti di Pahang dan satu di Sabah, selama dua minggu mulai esok hingga 5 Oktober ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, berkata PKPD selama dua minggu itu akan dilaksanakan di Perumahan Ladang FELDA Umas 6, Kalabakan, Sabah bermula Khamis ini hingga 6 Oktober ini.

“PKPD di Pahang membabitkan Kampung Baru Cenderawasih, Pekan serta ladang dan kilang sawit RMDC Sdn Bhd, Bukit Koman, Gali di Raub.

“Keputusan melaksanakan PKPD dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan di semua lokaliti terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Rodzi berkata, kerajaan hari ini turut memutuskan menamatkan PKPD dua lokaliti di Sabah iaitu PKPD Kampung Sugiang Baru di Tenom dan Kampung Rapak di Ranau, pada esok seperti tarikh yang dijadualkan. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat