Tiada Rancangan Bina Taman Tema Di Cameron Highlands – MB Pahang

- Advertisement -

KUANTAN – Isu pembinaan taman tema di Cameron Highlands tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Demikian ujar Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika diminta mengulas mengenai bantahan dikemukakan badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu kerajaan Pahang menolak cadangan membina sebuah taman tema di daerah berkenaan.

“Tidak betul.. jangan percaya, setakat ini tiada sebarang permohonan rasmi, dan dalam mesyuarat Exco pun kita tidak pernah bincang perkara ini,” katanya pada sidang media selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin di sini, hari ini.

Berdasarkan laporan dikeluarkan awal Ogos lalu, sebuah pemaju taman tema dikatakan bercadang membina sebuah taman tema bernilai RM100 juta di kawasan seluas 60 ekar.

Susulan itu ianya telah mendapat bantahan daripada pelbagai pihak berikutan kesannya terhadap alam sekitar.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata meskipun status tapak cadangan pembinaan taman tema itu adalah tanah milik persendirian, tidak bermakna pembinaan akan diluluskan.

“Tanah-tanah persendirian bukan bermakna dia boleh buat kilang senjata api, dia boleh buat bom. Tak boleh, dia kena mohon dengan kerajaan walaupun di tanah sendiri pun.

“Kalau ada kayu balak pun nak keluarkan balak dia kena dapatkan kebenaran daripada kerajaan negeri that’s the beauty of our law dengan peraturan,” katanya.

Justeru beliau meminta semua pihak merujuk kepada kerajaan negeri bagi mendapatkan maklumat yang sebenar berhubung isu berkenaan. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat