KWSP Sedia Bawa Tuntutan i-Citra RM10,000 Kepada Menteri Kewangan – Pemuda UMNO

- Advertisement -

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersedia membawa tuntutan i-Citra kepada Menteri Kewangan untuk mempermudahkan urusan pengeluaran bagi mengurangkan beban rakyat ketika pandemik, kata Ketua Pemuda UMNO,  Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Alhamdulillah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP telah memberi komitmen untuk mempermudahkan urusan pengeluaran i-Citra bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat dalam menelusuri tempoh yang sukar ketika ini.

“Untuk itu beliau akan mengangkat isu ini untuk dipertimbangkan kelulusan oleh pihak Menteri Kewangan,” katanya di Facebook.

Asyraf berkata, pertemuan selama hampir dua jam bersama CEO KWSP, Amir Hamzah Azizan membincangkan usaha untuk merealisasikan tuntutan itu serta beberapa lagi isu berkaitan kebajikan pekerja.

Katanya, ia termasuk permintaan rakyat untuk mengeluarkan caruman i-Citra secara pukal (one-off) minimum RM10,000 dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

“Dalam pertemuan tersebut, kami berbincang panjang mengenai beberapa perkara termasuk hasrat rakyat terutamanya kalangan M40 bahkan sebahagian besar T20 yang sudah jatuh ke peringkat B40.

“Mereka benar-benar berharap dapat mengeluarkan caruman pada kadar minimum RM10,000 secara pukal bagi memenuhi desakan hidup untuk melangsaikan pelbagai komitmen, hutang, dan memulakan hidup baharu akibat hilang punca pendapatan, dipotong gaji, dicutikan tanpa gaji akibat pandemik,” katanya.

Asyraf berkata, KWSP turut menjelaskan kekangan dihadapi termasuk bagi mengimbangi keperluan untuk memastikan jaminan simpanan hari tua pekerja tidak terjejas.

Selain itu katanya, isu mekanisme caruman dan takaful bagi melindungi pekerja industri tidak formal atau GIG ekonomi khususnya penghantar p-hailing serta pemandu e-hailing yang setakat ini tiada pembelaan dari segi kebajikan dan perlindungan turut dibincangkan.

“Insya-Allah KWSP juga bersetuju mengadakan kerjasama dengan Pemuda Umno terutamanya Task Force yang baharu ditubuhkan kelmarin bersama pihak Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan kesatuan-kesatuan yang mewakili pekerja muda P-Hailing dan E-Hailing.

“Doakan agar #TuntutanRakyat mengenai i-Citra ini dapat segera dipertimbangkan untuk diluluskan oleh pihak Menteri Kewangan dan KWSP,” katanya. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat