Kanak-Kanak Cedera Digigit Kera Ketika Di Halaman Rumah

- Advertisement -

SEREMBAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 21 bulan cedera selepas digigit seekor kera di halaman rumahnya di Taman Dusun Nyior, di sini, pukul 8.40 pagi ini.

Kejadian itu disahkan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun.

Menurut beliau, pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita yang mendakwa anak buahnya mengalami kecederaan akibat gigitan seekor kera di halaman rumah dan dibawa ke hospital berhampiran.

“Bertindak atas aduan, anggota Jabatan Perhilitan ke rumah mangsa untuk melihat keadaan dan situasi di rumah tersebut.

“Semasa sampai di rumah mangsa, kera yang menyerang masih ada atas pokok seberang jalan di hadapan rumah. Pihak jabatan telah menembak mati kera tersebut. Kera jantan dewasa kira-kira lapan kilogram telah dibawa ke pejabat untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Mat berkata, kanak-kanak berkenaan kini masih lagi berada di Hospital Tuanku Ja’afar dan ditahan di wad bagi rawatan lanjut susulan mengalami kecederaan di bahagian belakang badan.

Menurutnya, pihak Jabatan Perhilitan akan membantu keluarga mangsa dengan memohon mereka mengisi borang tabung serangan binatang buas. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat