67 Peratus Lepasan Politeknik Berjaya Masuk Universiti Awam – Noraini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai 5,103 calon atau 67 peratus lepasan politeknik berjaya melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA) daripada 7,652 yang membuat permohonan pada sesi akademik 2021/2022,” kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Beliau berkata jumlah itu meningkat lima peratus berbanding 4,445 daripada 7,175 calon yang memohon ke UA bagi sesi akademik 2020/2021.

“Kita dapati persaingan sengit antara pemohon daripada institusi lain, pemilihan program bersifat kompetitif dan kegagalan temu duga menjadi faktor calon lepasan politeknik gagal ke UA,” katanya pada waktu pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Sivakumar Varatharaju Naidu (PH-Batu Gajah) yang meminta penjelasan berhubung ramai lepasan politeknik yang memperoleh keputusan cemerlang tidak mendapat tempat melanjutkan pelajaran di menara gading tahun ini.

Noraini berkata, pelajar lepasan politeknik mencatat kadar kebolehpasaran yang tinggi iaitu melebihi 90 peratus bagi tempoh lima tahun berturut-turut.

Pada 2018, katanya, kadar kebolehpasaran pelajar lepasan politeknik ialah 96.1 peratus, 96.7 peratus (2019) dan 91.4 peratus pada 2020.

“KPT akan meluaskan penawaran program ijazah sarjana muda di politeknik premier melalui pembelajaran berasaskan pekerjaan (WBL),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat